Wednesday, January 5, 2011

sahabat, teman , kawan....

sebenarnya waktu mula2 masuk poli ini aku sangat takut duduk asrama..sebab itu adalah pengalaman yang pertama duduk asrama..aku sangat takut kalau tak ada kawan..
tapi sebenarnya aku tak pernah sunyi kat sini..walaupun jauh dari family tapi kawan2 sentiasa ada di sisi ..
mereka adalah kawan aku..
ni dia kawan2 yang selalu ada dengan aku..
cantik tak mereka?? eh2 maksud aku "kami'??
nampak berkaliber sangat tapi tak tau panas pkai baju ni..:(

semua benda kami sharing together..
slogan: sharing is caring..


motto: seorang susah semua susah, seorang senang semua senang..

haaa..ini lah rumah sewa kami sebelum layak masuk asrama..
luar nampak setinggan tapi dalam FUiyoOOOH.. macam kondominium..
di sini aku belajar masak dari kawan2 yang pandai masak..
pendek kata duduk di luar ni aku sangat berdikari...
tapi syukurlah kami semua layak masuk asrama semula setelah buat rayuan,
maklumlah semua tak da merit kan..

politeknik sultan idris, sabak bernam..

seriously,waktu mula2 dapat tawaran belajar kat sini,
 aku sangat terkejut coz tak tau pun kat sabak bernam ada politeknik..
nama je orang Selangor tapi tu pun tak tau..hehe
belajar dalam kos DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN..
dengar kos ni macam senang je kan.. tp sebenarnya hanya tuhan je yang tahu betapa peritnya terengkas & shorthand..mule2 mcm nak tukar kos je..tapi lama2 bila dah belajar subject tu, rasa seronok sangat..
byk faedahnya belajar trengkas & shorthand ni..hehe.. hanya orang yg belajar trengkas sahaja boleh faham pe yang diguris..hehe tulisan doktor pun kalah..


Tentang Politeknik Sultan Idris Shah
1- sanggat besar dan cantik
2- ada tasik, ada hotel
3- dekat dengan pantai ( hostel sebelah pantai, tu la kdang2 rasa mcm kat hotel pula bila duduk di hostel) boleh tengok matahari terbenam..
4- belajar di sini jimat duit sebab tak da shopping complex jd student2nya tak kan membazir duit. makanan kat sini pun murah la juga..berpatutan la..
pemandangan di susur gajah (laluan berbumbung untuk ke kuliah)


Pendek kata, politeknik ini sangat selesa dan sesuai untuk belajar sebab lokasinya sangat tenang dan terhindar dari kesibukan kota...aku suka belajar di sini.....

keluarga ana melissa


Ini ayah aku..
EN. MARTONO BIN MUAJIB
Ayah paling bertanggungjawab & penyayang..
Sumber inspirasi aku untuk terus berjaya..
Ayah seorang yang tabah & bersungguh-sungguh kalau buat sesuatu..
Aku suka cara ayah bekerja..senang cerita dia adalah ayah yang terbaik buat aku..


            Ini mama aku..
PN. ERLINA WIDIANTI BT JAPAR
Mama adalah orang yang paling sabar dengan kerenah aku, selalu sokong apa pun yang aku buat,
senang cerita mama adalah orang yang paling memahami aku…
Masakan mama adalah makanan yang the best bagi aku..
(huhu,rindu masakan mama,nak balik rumah…dh bosan dengan makanan kat hostel ni)


Ini adik aku.. ERI ANDRIANTO BIN MARTONO..
Walaupun aku selalu bergaduh dengan dia, tapi aku sayang dia…hehehe
Dia seorang adik yang dengar cakap senang la nak jaga dia, aku je yang selalu buli dia…
tapi buli2 pun aku sayang dia..hehehe..
Dia ni tak macam aku (aku kan byk ckap @ riuh sikit) tp dia ni pendiam n cool je..



Haaaaa..si kecil ni pula nama dia AFHAM ANDRIANSYAH BIN MARTONO..
Dia ni…fuhhhhh, tak boleh duduk diam..dan suka buat 1 family senyum dengan perangai dia yang manja..(kadang2 ngada2  juga) maklum la anak bongsu kata kan
Hehe…tapi dia sangat penyang, dia adalah salah satu sebab yang membuatkan aku selalu nak berada di rumah.. bagi aku dia comel…hehe

Monday, January 3, 2011

industrial training

Praktikal itu best..hehe.. best sebab duduk rumah dan dapat spend time with my family..hehe
byk pengalaman aku dapat dari praktikal, waktu paraktikal aku belajar untuk berdikari dan berani untuk buat sesuatu keputusan...

Aku menjalani LI di MASSA ASSOCIATES SDN. BHD... syarikat swata, core business ialah sebuah setiausaha syarikat, selalu berkait rapat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)..
aku di tempatkan di branch iaitu terletak di Plaza Alam Central, Shah Alam.. office dalam shopping complex..(jgn jelez) haha..

Di sini aku belajar byk benda baru, terutama hal2 pendaftaran syarikat Sendirian Berhad..n pendaftaran perniagaan di Malaysia..di sini juga aku belajar cara berkomunikasi dengan baik.. yela kdg2 client yang datang tu dari Koera, Australia, Nigeria n byak lagi dari luar negara...FUiyoohhh!!!
MASSA sangat pentingkan pekerjanya, byk aktiviti yang aku berpeluang joint sekali..

Sunday, January 2, 2011

omg!! dah 20 tahun!!



heee, skrg di thun 2011 aku dh b'umur 20 tahun..
wahhhh..there's no more word "belas"..tp skrg dh ada word "puluh"..hahaha
macam xpercya..tp tetap kene percaya.
do ur best ana melissa!!!